top of page

Lesen Vokasional Kenderaan Perdagangan Dan Awam (G.D.L. & P.S.V.) 

GOODS DELIVERY LICENCE (G.D.L) Permit Kenderaan Perdagangan

Lesen/Permit ini adalah khas bagi para pemandu yang sedang/bakal memandu kenderaan perdagangan seperti van, lori, trak yang berdaftar dibawah nama syarikat majikan yang digunakan untuk membawa dan menghantar barangan perdagangan/runcit di antara premis perniagaan dan gudang stok.

PUBLIC SERVICE VEHICLE (P.S.V) Permit Kenderaan Awam

Lesen/Permit ini adalah khas bagi para pemandu yang sedang/bakal memandu kenderaan awam seperti teksi, bas sekolah, bas awam serta van penumpang yang berdaftar dibawah nama syarikat majikan yang digunakan untuk membawa dan menghantar para penumpang di antara dua buah lokasi.

Syarat Permohonan Serta Jadual Kursus

Setiap pemohon yang berhasrat untuk mendapatkan jenis-jenis permit diatas adalah diwajibkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan doktor di mana-mana klinik kerajaan dan swasta (borang pemeriksaan kesihatan boleh diperolehi dari pejabat institut memandu) dan pendaftaran serta pembayaran yuran kursus-kursus haruslah dibuat seawal 2 - 3 hari sebelum tarikh kursus setelah mendapatkan laporan pemeriksaan doktor.

 

Setelah selesai menghadiri kursus, para calon akan kembali ke institut memandu untuk menduduki ujian teori yang akan dianjurkan oleh pihak JPJ pada suatu tarikh yang lain dimana syarat kelayakan permit adalah lulus dengan markah sekurang-kurangnya 42/50.

 

Bagi calon-calon permit kenderaan awam, ujian tambahan iaitu ujian praktikal memandu adalah diwajibkan dan akan dikendalikan oleh pegawai penguji JPJ. 

 

Jadual Kursus & Ujian Teori/Praktikal

Tertakluk kepada penetapan pihak J.P.J

Please reload

bottom of page