top of page

Pengenalan

16 Tahun

Pengalaman Dalam Bidang Perlesenan Dan Latihan Pemanduan

Pada 22 Mei, tahun 2000, Institut Memandu Wj-Wego Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah institut memandu yang terawal ditubuhkan di Kuching berdasarkan perancangan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J). 

 

Sebelum itu, para pengajar kita hanyalah terdiri daripada individu-individu sekolah memandu sahaja dan segala proses pembelajaran serta latihan dijalankan di litar pusat J.P.J lama yang kini telah dijadikan cawangan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) di Simpang Tiga dulu. Mereka yang dari zaman 80'an dan 90'an tentu masih ingat lagi lokasi tersebut.

 

Tempat kursus serta ujian undang-undang, pada masa itu masih menggunakan pensel, buku soalan (yang kadang kali terdapat coretan jawapan yang betul, haha) dan kertas jawapan  objektif, yang bertempat di sudut tingkat pertama bangunan kedai bersebelahan dengan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K.W.S.P) yang kini telah menjadi tempat menjamu selera Kafe Cita Rasa.

 

Namun apabila pihak J.P.J berpindah ke lokasi pusat pejabat yang baru di KM 18.5 Jalan Kuching-Serian, maka dicadangkan agar para individu sekolah-sekolah memandu ini bergabung tenaga untuk menubuhkan institut memandu masing-masing untuk melaksanakan segala proses latihan serta ujian praktikal dan pihak J.P.J hanya membekalkan para pegawai penguji ke lokasi masing-masing.

 

Jadi dari situlah, Institut Memandu Wj-Wego Sdn. Bhd. dilahirkan

bottom of page