Jadual Operasi
Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu
(KPP 01)
Ujian Teori Berkomputer
Latihan Amali/Praktikal Bersama Pengajar
Ujian Praktikal J.P.J

Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP 01)
Peringkat awal yang wajib bagi semua calon baru yang ingin memulakan proses perlesenan. Kursus ini memberikan manfaat berkenaan dengan pemanduan serta pengendalian kenderaan di jalan-raya secara teori di samping mempersediakan mereka untuk menghadapi segala apa jua peringkat proses perlesenan.
Jadual Waktu Kursus (kecuali cuti umum)
Sabtu 09:30am - 12:30pm, 12:30pm - 3:30pm
Ahad 09:30am - 12:30pm, 12:30pm - 3:30pm
(Pendaftaran dan Pembayaran - 8:30am - 9:30am)

Ujian Undang-Undang Berkomputer
Peringkat pengujian pemahaman para calon yang telah menghadiri kursus pada minggu-minggu yang sebelumnya.
Pusat Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK)
Lokasi :
- King Centre (tingkat 1 lot kedai sebelah bangunan EG Mall, atas kedai kopi Thian Jitt Food Court)
- Kota Sentosa/ Batu 7 (tingkat 1 lot kedai belakang kedai kopi Serapi Corner)
Masa :
Isnin - Ahad (kecuali hari Selasa dan cuti umum) : 8:30am - 4:00pm

Latihan Amali/Praktikal Pemanduan
Latihan-latihan praktikal yang dikendalikan oleh para tenaga pengajar yang bertauliah dalam mendidik dan membimbing bakal pengguna jalan-raya agar keadaan sentiasa selamat.
Jadual
Setiap hari kecuali cuti umum (tertakluk kepada pelan jadual pengajar)
Masa
8:00/8:30am - 6:00/6:30pm (tertakluk kepada jadual masa yang ditetapkan oleh pengajar)

Ujian Praktikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Calon-calon yang telah selesai menjalankan latihan praktikal akan diuji oleh pegawai penguji yang sebenarnya dari JPJ.
Masa
Setiap hari Selasa sahaja (tertakluk kepada perubahan jadual yang ditentukan oleh JPJ)
8:30am - selesai