top of page

Kursus & Latihan

Lesen kelas 'D' Manual

Latihan mengendalikan kenderaan manual adalah mencabar bagi sesetengah individu namun apabila dikendalikan dengan mahir, ia adalah merupakan salah satu kecekapan yang akan kekal selamanya.

Lesen Kelas 'DA' Automatik

Latihan mengendalikan kenderaan automatik adalah dikhususkan kepada individu yang hanya ada kenderaan jenis automatik di rumah atau calon-calon yang kurang cekap dalam pengendalian gear manual.

Lesen Kelas 'B /B2' Motosikal

Perlesenan motosikal adalah dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu B2 bagi motosikal berkuasa tidak melebihi 250 cc dan B bagi motosikal berkuasa melebihi 500 cc (big bike).

Pra-Ujian JPJ

Pengujian ini dikendalikan oleh pegawai penguji institut memandu yang telah ditauliahkan oleh JPJ bagi memastikan semua calon telah memenuhi syarat kelayakan sebelum menduduki ujian sebenar JPJ.

Kursus KPP 01

Semua calon baru yang ingin mengambil kelas-kelas lesen yang tertentu diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan di institut memandu kita pada setiap hujung minggu (Sabtu / Ahad) bagi menimba ilmu serta pengetahuan dalam mempersediakan diri mereka untuk menghadapi keadaan sebenar dalam pemanduan kelak.

Pembayaran

Pembayaran kursus-kursus kita adalah standard dan caj-caj latihan adalah tertakluk kepada kekerapan latihan dijalankan serta kemampuan calon untuk memahami dan menguasai pengendalian kenderaan dari kelas-kelas yang dipilih dari pelbagai aspek. 

bottom of page